POLISI ALAM SEKITAR NICHICON MALAYSIA




Dengan piagam “Nichicon prihatin terhadap alam sekitar”, kami percaya bahawa sumber semula jadi tidak patut dipersiakan dan dalam pada itu, udara yang bersih dan air yang tidak tercemar mestilah dikekalkan untuk kesejahteraan semua hidupan. Alam sekitar yang bersih dan sihat boleh meningkatkan kualiti hidupan masa hadapan yang lebih baik. Nichicon Malaysia salah satu pengeluar utama elektrolitik kapasitor yang terletak di Kawasan Perusahaan Bangi dengan keluasan kawasan tanah berukuran 48.261m² , akan menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar dan memastikan ianya diberikan keutamaan di dalam semua aktiviti, produk dan servis kami.
Selaras dengan ini Nichicon Malaysia akan:
Mematuhi undang-undang dan lain-lain kehendak.
Mengenalpasti kesan alam sekitar melalui proses peningkatan yang berterusan bagi memastikan ianya dikawal dan dikurangkan.
Mengkaji dan membaiki operasi piawai kami setiap tahun ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih baik.
Memastikan pihak pengurusan, pekerja dan pihak yang berkaitan diberi latihan dan memahami sepenuhnya isu-isu alam sekitar.
Mencegah pencemaran dengan:
Nichicon Malaysia untuk Alam Sekitar
Nichicon Malaysia menjalankan perniagaan dengan memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan generasi akan datang untuk keperluan mereka sendiri. Kami mengutamakan pembangunan mampan dengan menunjukkan komitmen kami terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial bagi meningkatkan reputasi di kalangan pelanggan dan pihak berkepentingan, serta menyumbang kepada masa depan yang lebih baik.
Nichicon Malaysia untuk Alam Sekitar
Nichicon Malaysia menjalankan perniagaan dengan memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan generasi akan datang untuk keperluan mereka sendiri. Kami mengutamakan pembangunan mampan dengan menunjukkan komitmen kami terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial bagi meningkatkan reputasi di kalangan pelanggan dan pihak berkepentingan, serta menyumbang kepada masa depan yang lebih baik.

Kemudahan Penjanaan Bersama (Co-gen) Gas
Sebagai sebahagian daripada inisiatif yang bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan persekitaran yang bersih, sebuah loji penjanaan gas telah dibina pada tahun 2020. Menjana elektrik daripada gas asli mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 68% dan dengan menggunakan haba sisa melalui penyejuk semula jadi, pengurangan pelepasan karbon boleh mencapai sehingga 72%.
Kemudahan Rawatan Sisa Air
Mengikuti peraturan Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Nichicon Malaysia berkomitmen untuk memenuhi peranannya dalam melindungi alam sekitar.
Loji rawatan air sisa yang diawasi oleh kakitangan kami yang berdedikasi yang memastikan bahawa tidak ada air yang tidak dirawat dibuang daripada kilang. Lindungi persekitaran dan ke arah pencemaran sifar.


Panel Solar
Panel solar telah dipasang di bumbung tempat letak kenderaan tertutup kami dan pengecas EV untuk menunjukkan komitmen kami terhadap tenaga bersih.
Dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui, kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga TNB, dan membuat perubahan yang setara dengan sumbangan sosial seperti mengurangkan CO2. Lebih banyak panel solar dijangka dipasang di bangunan baru untuk lebih menyatakan komitmen kami terhadap persekitaran hijau.
Kenderaan Elektrik
Pada tahun 2019, Nichicon Malaysia bekerjasama dengan Nissan untuk mempromosikan kenderaan elektrik ( EV ) dan pengecas EV untuk mengurangkan pencemaran udara dan pelepasan gas rumah hijau. Kereta elektrik pada amnya lebih cekap tenaga berbanding kenderaan menggunakan minyak patrol. Mereka menukar peratusan tenaga tersimpan yang lebih tinggi dalam bateri mereka untuk menghidupkan kenderaan dan mengurangkan sisa tenaga.
Penukaran semua kereta syarikat kepada kereta EV masih dalam rancangan.
