Selamat datang ke Nichicon Malaysia
Kawasan Perindustrian Bangi, Malaysia
Selamat datang ke Nichicon Malaysia
Search

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

MENUJU MASYARAKAT BERSIFAT KEMANUSIAAN DAN BERTANGGUNGJAWAB

Intergrasi sosial dan alam sekitar telah menjadi bahagian penting dalam aktiviti dan model perniagaan Nichicon Malaysia.

Kami memberi komitmen Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) bagi golongan korporat dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti terhadap tanggungjawab sosial dan alam sekitar dengan menyumbang kepada mereka yang memerlukan untuk masa depan yang lebih lestari dalam meningkatkan reputasi serta imej jenama kami.

Aktiviti kami merangkumi program derma darah, khidmat masyarakat, inisiatif kelestarian alam sekitar, menggalakkan integriti & hak asasi Manusia di seluruh rantaian bekalan, dan menyediakan persekitaran yang bebas diskriminasi.

Stack
Stack
Pengecas Kereta Elektrik Awam
Pengecas Kereta Elektrik Awam
Mempromosikan pengecas EV awam adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) oleh Nichicon Malaysia.

Kami menyokong sepenuhnya penggunaan kenderaan elektrik dan akses kepada infrastruktur pengecasan, kami telah membuka pengecas EV di ruang letak kereta kepada orang ramai untuk mengecas kereta elektrik mereka.

Nichicon prihatin terhadap alam sekitar mendedikasikan teknologi kami ke arah menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan pengangkutan bersih.
Aktiviti Derma Darah
Aktiviti Derma Darah
Nichicon Malaysia telah aktif mengadakan kempen derma darah lebih dari 10 tahun.

Tujuannya adalah untuk menolong orang yang memerlukan, dan membantu orang dalam komuniti kita.

Kami benar-benar percaya bahawa kita dapat menyelamatkan banyak nyawa, dan menjadi salah satu motivasi terbesar untuk terus maju. Kami mendidik pekerja kami tentang pentingnya derma darah dan mendorong mereka untuk mengambil bahagian dalam tindakan menyelamatkan nyawa ini.
Khidmat Masyarakat
Khidmat Masyarakat
Nichicon Malaysia komited untuk membangunkan kesedaran alam sekitar melalui khidmat masyarakat.

Dengan berinteraksi secara aktif bersama masyarakat, Nichicon Malaysia menggalakkan orang ramai untuk menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan hijau.
Bantuan & Sumbangan
Bantuan & Sumbangan
Nichicon Malaysia sepenuhnya menumpukan kepada kesejahteraan dan sokongan pekerja kami semasa tempoh sukar mereka.

Pekerja yang menghadapi bencana alam, kami serta-merta membantu meringankan beban kerana kami memupuk rasa kesetiaan dan penghargaan di kalangan pekerja.

Oleh itu, kami secara tidak langsung menggalakkan budaya empati dan sokongan dalam organisasi dengan memupuk rasa kemasyarakatan dan tanggungjawab kolektif.